Monday, February 23, 2009

Projek "Homework Room" MPP Zon 7 MPKj telah dilancarkan pada 22 Febuari, 2009


Majlis Perwakilan Penduduk Zon 7, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dengan kerjasama JKKK Kg Batu 13 dan NGO ACT Malaysia telah melancarkan Projek “ Homework Room” bagi menjana kecemerlangan sahsiah dan prestasi dalam akademik khususnya pencapaian bagi peperiksaan PSRA, UPSR, PMR, SPM dan STPM 2009. Projek ini juga bertujuan untuk menjalin hubungan baik antara MPKj, MPP Zon 7 dan penduduk setempat dengan menganjurkan program-program kemasyarakatan seperti program pendidikan, program keibubapaan, program integrasi nasional dan program-progam bercorak kemasyarakatan. Projek "Homework Room" ini telah dilancarkan oleh Dato' Hasan Nawawi bin Abd Rahman (YDP MPKj) pada 22 Februari 2009 dan projek ini akan bermula pada 2 Mac 2009. Objektif penubuhan “Homework Room” ini adalah bertujuan :

1. Memberi keselesaan dan suasana kondusif kepada pelajar-pelajar untuk mengulangkaji pelajaran mereka.

2. Menyediakan kemudahan seperti “air-cond”, Wifi dan bahan-bahan rujukan bagi membantu pembelajaran pelajar-pelajar

3. Memberi peluang kepada ibu bapa dan masyarakat setempat berinteraksi antara mereka dan menyumbangkan kepakaran mereka untuk membantu meningkatkan modal insan dan sahsiah diri pelajar

Matlamat kami adalah berhasrat untuk mencatatkan peningkatan kualiti dan kuantiti pendidikan pelajar-pelajar penduduk setempat. Di samping itu juga ingin meningkatkan hubungan baik dengan masyarakat setempat. Projek ini secara rasminya akan bermula pada 2 Mac 2009. Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi 018-2042084.