Wednesday, April 29, 2009

Majlis Penerangan dan Sesi Dialog Mengenai Taman Pusara pada 2 April 2009



Pada 2 April 2009 jam 9 malam, majlis tersebut diadakan di Dewan Kg Sg Sekamat, Kajang untuk memberikan penerangan yang lebih terperinci mengenai Projek Taman Pusara. Panel yang hadir adalah Ahli Majlis MPKj (Dato' Mustafa Kamal Mohd Zaini dan Encik Aruchelvan), Pegawai Perancang MPKj(Encik Nizam) dan Ketua Kampung Sg Sekamat (Haji Shukor Mawi). Majlis yang telah diadakan pada malam itu telah mendapat sambutan yang luar biasa oleh penduduk-penduduk tempatan. Ini menunjukkan bahawa penduduk mempunyai sikap ingin tahu dan mengambil berat terhadap Projek Taman Pusara ini. Pihak kami berharap semua pihak dapat memahami apa yang telah diterangkan pada malam tersebut. Jika ingin membantah, buatlah surat bantahan agar kita semua menjadi lebih professional terhadap kerja yang kita lakukan. Barulah pemikiran rakyat Malaysia menjadi lebih positif, terbuka dan matang serta tidak membuat kesimpulan yang terlalu awal. Kematangan berfikir membuatkan kita lebih banyak bersabar dan tidak mengikut hati.

Pertandingan Badminton Beregu Pada 2-3 Mei 2009


Pertandingan Badminton Beregu Anjuran JKKK Kg Batu 13, JKKK Kg Sg Sekamat bersama Majlis Perwakilan Penduduk Zon 7. Tujuan pertandingan ini adalah untuk merapatkan silaturrahim antara penduduk dengan Ketua-ketua Kampung dan MPP Zon 7. Selain itu juga dapat menyihatkan badan dan mengenali satu sama lain.

Majlis Penyampaian Bantuan Banjir Oleh YB Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr, Che Rosli Che Mat pada 28 April 2009



Pada 13 Mac 2009, 3 buah kampung di Mukim Kajang telah dilanda banjir iaitu Kampung Batu 13, Kampung Bangi Tambahan dan Kampung Teras Jernang. Hasil daripada inisiatif daripada Penghulu Mukim Kajang dan Ketua-ketua Kampung di 3 buah kampung ini, masalah ini telah dipanjangkan ke Pejabat Daerah Hulu Langat dan Lembaga Zakat Selangor. Alhamdulillah, Pejabat Daerah dan Lembaga Zakat Selangor sudi memberikan bantuan kewangan kepada mangsa-mangsa banjir untuk meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.
Pada 28 April 2009, JKKK Batu 13, Kajang dan Majlis Perwakilan Penduduk Zon 7 telah mengadakan Majlis Penyampaian Bantuan Zakat di Balai Raya JKKK Batu 13, Kajang. Seramai 36 orang telah mendapat bantuan zakat daripada Lembaga Zakat Selangor. Terima kasih tidak terhingga kepada Lembaga Zakat Selangor kerana sudi menghulurkan sumbangan kepada mereka-mereka yang memerlukan. Tahniah juga diucapkan kepada Penghulu Mukim Kajang beserta Ketua-ketua Kampung yang sudi mendengar dan memanjangkan permasalah ini kepada pihak yang berwajib. Tidak lupa juga terima kasih kepada YB Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat kerana sudi menyampaikan sumbangan pada majlis tersebut. Oleh yang demikian, kita seharusnya meneladani sikap yang professional yang ditunjukkan oleh YB Ahli Parlimen Hulu Langat(Dr. Che Rosli Che Mat), Penghulu Mukim Kajang (Haji Rosli Muhibbat), dan Ketua-ketua kampung yang telah dilantik. Yang baik dijadikan teladan dan yang tidak baik dijadikan sempadan.

TAMAN-TAMAN DI BAWAH ZON 7, MPKj

1. TAMAN MESRA

2. TAMAN DELIMA

3. TAMAN DESA MUHIBBAH

4. TAMAN SEKAMAT

5. TAMAN SEKAMAT JAYA

6. TAMAN SEKAMAT INDAH

7. TAMAN PINGGIRAN SEKAMAT

8. TAMAN KASIH

9. TAMAN KOPERASI CUEPACS

10. TAMAN RAKAN

11. TAMAN LINGKARAN NUR

12. TAMAN DESA BARU

13. TAMAN KURNIA INDAH

14. TAMAN SURIA 1

15. TAMAN SURIA 2

16. TAMAN CHERAS IDAMAN

17. BUKIT SURIA

Jika tuan-tuan dan puan-puan mempunyai masalah yang berkaitan dengan sampah, kebersihan longkang dan potong rumput, sila membuat aduan kepada kami. Kami sedia membantu.