Monday, June 22, 2009

Mesyuarat Bersama Owner Restoran Maulana & Melawat Restoran Maulana Pada 23 Jun 2009



Mesyuarat dan Melawat Restoran Maulana bertujuan untuk menyelesaikan masalah aduan yang telah lama membelenggu penduduk Taman Mesra. Ianya menyebabkan bau busuk di longkang-longkang di mana air dari Restoran Malulana mengalir. Sebenarnya sistem "Grease Conveters" yang digunapakai di Restoran Maulana adalah yang baik, tetapi malangnya tidak begitu kerap diselenggarakan.

Ahli Majlis Zon 7 telah memohon kerjasama dari pihak Restoran Maulana dapat membersihkan "Grease Converters" setiap hari agar penduduk tidak lagi menghidu bau busuk.

Mari kita bersama-sama memantau keadaan ini. Sebarang masalah yang kita nampak, harap hubungi pihak kami segera.

Sunday, June 21, 2009

Melawat Kedai PLB Kg Batu 13 Bersama MPKj Pada 18 Jun 2009



Membincangkan isu kedai PLB yang telah musnah dan menyelesaikan masalah penyewa-penyewa baru. Keprihatinan menjadi tunjang utama kepada Ahli Majlis MPKj Zon 7.

Melawat Pangsapuri Mewah Cheras Pada 18 Jun 2009



Pada jam 11 pagi, 18 Jun 2009 : Ahli Majlis melawat Pangsapuri Mewah Cheras untuk mendengar dan menyelesaikan masalah yang membelenggu penduduk di kawasan tersebut. Masalah mereka akan diselesaikan secepat yang mungkin. Dalam masa 2-3 minggu dari tarikh lawatan.

MELAWAT KAWASAN KEDAI PLB KG BATU 13 PADA 18 JUN 2009



Ahli Majlis MPKj & AJK MPP Zon 7 melawat kawasan kedai PLB Kg Batu 13 pada 18 Jun 2009. Lawatan ini bertujuan melihat kedai PLB hak MPKj yang hampir roboh disebabkan pihak penyewa lama yang tidak bertanggungjawab.

SEMINAR KATAKAN TIDAK KEPADA KEGANASAN RUMAHTANGGA, PERUNDANGAN WANITA, KELUARGA & KANAK-KANAK PERINGKAT DUN KAJANG PADA 14 JUN 2009


‘One Stop Crisis Centre’ (OSCC) atau lebih dikenali sebagai Pusat Khidmat Krisis Sehenti telah ditubuhkan pada tahun 1997 di hospital-hospital kerajaan di seluruh Malaysia. Tujuan OSCC ditubuhkan adalah untuk memberi perkhidmatan menyeluruh kepada mangsa-mangsa penderaan, perkosaan dan juga keganasan rumahtangga. Pusat ini ditubuhkan khas untuk merawat dan mengasingkan mangsa-mangsa serta diberi bantuan dari segi sokongan emosi dan kaunseling agar mereka tidak mengalami tekanan perasaan atau emosi. Operasi OSCC terletak di bawah Jabatan Kecemasan di setiap hospital di mana terdapat kakitangan yang terlatih ditugaskan untuk merawat serta memberi penjagaan yang sewajarnya kepada mangsa-mangsa yang datang untuk mendapatkan rawatan.

Walaubagaimanapun, masih terdapat ramai orang awam yang tidak mengetahui kewujudan pusat ini dalam memberi perkhidmatan kepada orang ramai. Justeru, dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) fasa 1, terdapat program OSCC dimana kempen kesedaran akan dilaksanakan dalam bentuk jaringan dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Kempen ini untuk memberi kesedaran tentang keganasan rumahtangga, memberi maklumat barkaitan undang-undang keluarga dan menghebahkan maklumat mengenai OSCC ini kepada orang ramai. Program ini akan dijalankan mengikut peringkat DUN Negeri Selangor Darul Ehsan.

OBJEKTIF
- Memberikan kesedaran mengenai kewujudan dan peranan OSCC dalam menolong wanita yang menjadi mangsa keganasan

- Memupuk kesedaran wanita untuk memperkasa minda merdeka dan menggilap jatidiri wanita bermaruah

- Memberikan maklumat dan kefahaman yang sahih mengenai isi-isu keganasan rumahtangga dang gangguan seksual ditempat kerja

- Memberikan pendedahan dan kefahaman undang-undang yang melindungi wanita

Majlis Sumbangan Meja Ping Pong Kepada JKKK Kg Batu 13 Pada 10 Jun 2009


Pada 10hb Jun 2009, YB Dr Che Rosli Che Mat menyampaikan sumbangan meja ping pong kepada JKKK Kg Batu 13 di Balai Raya JKKK untuk kegunaan penduduk setempat.