Sunday, June 21, 2009

SEMINAR KATAKAN TIDAK KEPADA KEGANASAN RUMAHTANGGA, PERUNDANGAN WANITA, KELUARGA & KANAK-KANAK PERINGKAT DUN KAJANG PADA 14 JUN 2009


‘One Stop Crisis Centre’ (OSCC) atau lebih dikenali sebagai Pusat Khidmat Krisis Sehenti telah ditubuhkan pada tahun 1997 di hospital-hospital kerajaan di seluruh Malaysia. Tujuan OSCC ditubuhkan adalah untuk memberi perkhidmatan menyeluruh kepada mangsa-mangsa penderaan, perkosaan dan juga keganasan rumahtangga. Pusat ini ditubuhkan khas untuk merawat dan mengasingkan mangsa-mangsa serta diberi bantuan dari segi sokongan emosi dan kaunseling agar mereka tidak mengalami tekanan perasaan atau emosi. Operasi OSCC terletak di bawah Jabatan Kecemasan di setiap hospital di mana terdapat kakitangan yang terlatih ditugaskan untuk merawat serta memberi penjagaan yang sewajarnya kepada mangsa-mangsa yang datang untuk mendapatkan rawatan.

Walaubagaimanapun, masih terdapat ramai orang awam yang tidak mengetahui kewujudan pusat ini dalam memberi perkhidmatan kepada orang ramai. Justeru, dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) fasa 1, terdapat program OSCC dimana kempen kesedaran akan dilaksanakan dalam bentuk jaringan dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Kempen ini untuk memberi kesedaran tentang keganasan rumahtangga, memberi maklumat barkaitan undang-undang keluarga dan menghebahkan maklumat mengenai OSCC ini kepada orang ramai. Program ini akan dijalankan mengikut peringkat DUN Negeri Selangor Darul Ehsan.

OBJEKTIF
- Memberikan kesedaran mengenai kewujudan dan peranan OSCC dalam menolong wanita yang menjadi mangsa keganasan

- Memupuk kesedaran wanita untuk memperkasa minda merdeka dan menggilap jatidiri wanita bermaruah

- Memberikan maklumat dan kefahaman yang sahih mengenai isi-isu keganasan rumahtangga dang gangguan seksual ditempat kerja

- Memberikan pendedahan dan kefahaman undang-undang yang melindungi wanita

No comments: